Si dia tgh termenung jauh.,apa yang dimenungkan terasa bagai tembus ke masa hadapannya.. 3 jam yg lalu, Jantungnya seakan terhenti. Nafasnya tidak lagi kedengaran laju . Fikirannya buntu, kosong. Perilakunya seakan tiada arah. Anak matanya merenung tepat Ke arah doktor, tiada kata kata yang mampu dilontarkan. Terngiang ngiang apa yang dibicarakan oleh doktor sebentar tadi. " diharapkan bertabah ye cik, selepas rawatan yang dilakukan pihak hospital telah mengesahkan cik menghidap penyakit kanser barah otak tahap 4" . Apa? Japp TAHAP 4? Allahu . Macam mana aku nak harungi saki baki hidup ni dengan tenang? mcm mana nak membicarakan soal ini kepada insan tua yang sedang menunggu diriku dengan penuh harapan? Aku masih Ada ibu yang perlu dijaga , ada adik yang perlu dibelai dan diasuh. Setelah kematian seorang insan iaitu abah . Akulah yang menjadi ketua keluarga, oleh kerana tanggungjawab ku sebagai seorang yg sulung ...