Skip to main content

Bahagia itu wujud?

Si dia tgh termenung jauh.,apa yang dimenungkan terasa bagai tembus ke masa hadapannya..

3 jam yg lalu,
Jantungnya seakan terhenti.  Nafasnya tidak lagi kedengaran laju . Fikirannya buntu,  kosong. Perilakunya seakan tiada arah.  Anak matanya merenung tepat Ke arah doktor,  tiada kata kata yang mampu dilontarkan.  Terngiang ngiang apa yang dibicarakan oleh doktor sebentar tadi.  " diharapkan bertabah ye cik,  selepas rawatan yang dilakukan pihak hospital telah mengesahkan cik menghidap penyakit kanser barah otak tahap 4" . Apa?  Japp TAHAP 4? Allahu .  Macam mana aku nak harungi saki baki hidup ni dengan tenang? mcm mana nak membicarakan soal ini kepada insan tua yang sedang menunggu diriku dengan penuh harapan?  Aku masih Ada ibu yang perlu dijaga , ada adik yang perlu dibelai dan diasuh.  Setelah kematian seorang insan iaitu abah . Akulah yang menjadi ketua keluarga,  oleh kerana tanggungjawab ku sebagai seorang yg sulung dalam keluarga . Adik-adik ku masih bersekolah.  Ibuku*terdiam..  Dia seakan hilang arah setelah kematian abahku hanya akulah tempatnya menagih kasih... Ingat lagi ketika dibangku sekolah.  Aku mendapat result yang cemerlang sewaktu spm tapi apakan daya takdir tidak menyebelahi diriku.  Aku korbankan masa depan ku demi untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga.  Aku bahagia meski kejayaan tu bukan milikku tpi mungkin takdir menentukan bahawa kejayaan itu bakal milik adik adikku.  Melihat mereka berjaya sudah cukup membuat diriku bahagia.
 Iye! Aku juga telah mengorbankan cinta . Aku pernah jatuh cinta tapi sayang cinta itu hanya sementara , aku memilih untuk mengudur diri saat cinta sedang mekar . Sungguh aku zalim kerana telah memberi harapan kepada seseorang . Ingat lagi ketika itu

*flashback
Si lelaki : Apakah awak meragui cinta saya?

Si wanita: Bukan ragu lagi tetapi saya sudah mulai tidak percaya kepada cinta.

SL : percayalah,  saya masih mencintai             awak,sungguh sungguh mencintai awak

Sp: saya tahu.

SL : jadi?

Sp : cinta hanya sepatah kata yang bertaraf kebenaran luaran cuma.

Sl : cinta saya ialah kata kata murni yang benar benar terbit dari dalam hati.

Sp : kebenaran yang di dalam itu tidak pernah terbit dalam kata kata . Kebenaran itu hanya terbit dalam bentuk tindakan yang teruji oleh masa.  Maka,  kalau kau benar benar mencintai aku, kurangkanlah berkata kata tentang cinta.  Hari ini manusia terlalu banyak bercakap tentang cinta, tentang kasih sayang,  tentang keperihatinan,  tentang kemanusiaan tetapi perkara yang berlaku adalah sebaliknya.........


Aku tersedar dari lamunan.  Entah berapa lama aku termenung tidak aku sedari.. Fikiran ku kini buntu . Aku perlu kuat untuk keluarga ku.

Tiba -tiba mataku tertangkap pada satu susuk tubuh . Dia menangis sendirian, hatinya seakan begitu sayu , Lama aku memerhatikan gerak gerinya, tersedu sedu menahan tangisannya . Aku mahu menghampirinya.  Belum sempat kakiku melangkah, aku terkaku . Apa yg aku lihat seakan meresap sanubari ku. Seperti dicucuk dicucuk dengan pedang.  Insan yang baru ku lihat seakan menangung satu kesakitan yang sungguh tidak tertanggung itu kini berputar 90 darjah.  Aku bingung.  Dia begitu bahagia,  senyuman yang terukir di bibirnya menambahkan lagi kelembutan di wajahnya. Dia berpura pura meniup niup matanya untuk memperlihatkan matanya seperti masuk habuk . Aku melihat org disekelilingnya begitu bahagia dengan perilakunya.
Jap!  Mereka semua tidak sempurna? Sama ada dilahirkan dengan keadaan sebegitu ataupon takdir yg telah tertulis untuk mereka seperti itu? Di sisinya terlihat sorang lelaki tua berkulit sawo matang yang kelihatan buta , kukira barangkali ayahnya.  Manakala seorang wanita yang pertengahan umur di sisi si lelaki tidak mampu berjalan mungkin lumpuh kerana dia mengunakan kerusi roda.  Anak kecil itu,...  Sungguh terusik hati ini.  Mukanya tidak sempurna,  cara dia berjalan bukan seperti kanak kanak biasa .  Iye dia OKU.  mungkin kerana itu aku kira si dia yg barusan tadi aku lihat menangis kini seorang yg kuat dan tabah demi kebahagiaan insan lain.  Sungguh tabah hatimu wahai kawan. Mengapa hatiku tak begitu tabah seperti dirimu ?sedangkan engkau diuji lebih dari diri ini ..
Benarlah bahawa kebahagiaan itu ada dimana mana.  Dalam sakit ada bahagia. Dalam derita ada bahagia . Yang penting ,kita harus belajar mengerti dan menghayati keindahan yang terdapat pada kesakitan itu, barulah akhirnya akan timbul rasa betapa nikmatnya sebuah kesakitan.  Dari situlah akhirnya wujud bahagia.

Aku beristighfar dalam hati beberapa kali.
Aku bingkas bangun...
Dengan berbekal bismillah , kini aku yakin,  kuat, dan teguh untuk mengharungi detik detik kehidupan terakhir ku, mungkin aku tiada kos untuk menangung membiayain perubatan ku.  Tapi sekurang kurangnya dengan saki baki hidup ini aku akan berjasa pada keluarga dengan kudratku. Aku perlu kuat untuk keluarga ku.  Aku perlu bahagia untuk keluarga ku...
Bahagiaa......

coretancinta;) budakbbnu


Comments